Saturday, 20 April 2013
Jalan-jalan ke Pasar Kemboja, Parit Buntar
Hari Jumaat (19 April 2013) adalah cuti hari Keputeraan Sultan Perak, jadi semua sekolah di Perak adalah cuti umum..sebelum tu dah search internet, tempat2 menarik di Perak dan jimat kos..memandangkan gaji lagi seminggu, jadi kena jimat lah..Kebetulan pasar kemboja di Parit Buntar dibuka pada hari Jumaat dan Isnin sahaja..kul 6.30 pagi dah bertolak dari sungai siput dan mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui highway Taiping..kul 7.30 pagi sampai kat Parit Buntar, berpusing-pusing jugak nak mencari lokasi pasar tu..terpaksa tanya orang jugak la..tempatnya agak jauh dari pekan, dekat ngan kampung orang..
Kat sana menjual pelbagai jenis dan jenama tudung dijual borong..kalau beli satu kodi tu (10 helai) murah lah..bidang 60' pun banyak..ada juga sesetengah kedai yang jual satu2 helai, tapi tak banyak la..kain2 dan blouse pun banyak..kat tepi2 tu banyak kedai makan dan restoran untuk para pengunjung..insyaAllah cuti sekolah bulan 5 ni boleh bertandang lagi..
Minggu anti dadah peringkat sekolah..
Minggu ini adalah sambutan minggu anti dadah peringkat sekolah..banyak cabaran dan dugaan untuk mengendalikan sesuatu program terutamanya bila berkhidmat di sekolah baru ni..Alhamdulillah dengan izin Allah, program ini berjalan dengan lancar..terima kasih kepada semua rakan-rakan guru yang membantu menjayakan program ini..
Maggie ketam
Friday, 20 April 2012
Hari ini rajin rasanya nak mencuba resepi baru iaitu muffin..walaupun first time buat, tp Alhamdulillah..rasanya agak berpuas hati..dan rasanya..memang sedap..trima kasih kepada seorang teman yang sudi berkongsi resepi muffin ni..jom kita tengok gambar2 muffin yang comel dibawah..
Ni lah rupanya muffin yang telah siap..tara..
Wednesday, 8 February 2012
Hobi Baru..
Alhamdulillah..syukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakanNya..
Hobi baru yang dimaksudkan ini adalah coklat2 ni..bisnes coklat yang diceburi ni, baru je, tak sampai sebulan lagi..tapi alhamdulillah, sambutannya sangat baik.Sebelum ni terfikir juga nak bisnes apa yer, untuk cari pendapatan lebih..balik kg cuti bulan 12 hari tu, belajar buat coklat dengan kakak..alhamdulillah..
coklat yang telah ditempah..setakat ni hanya menerima tempahan dari guru2 sekolah ku dan sekolah suami je..belum diperluaskan lagi dikalangan murid..
lolly choc memang sedap..guna coklat beryl's lagi sedap..
coklat ni, boleh juga dijadikan hadiah ataupun buah tangan semasa 'wedding'. doakan, semoga satu hari nnt ada tempahan untuk majlis perkahwinan dll..
emm..kalau kawan2 blog ada idea bagaimana utk memperkembangkan bisnes coklat kepasaran luar..bolehla inform sy..

Saturday, 7 January 2012
cokelat..
Coklat cute..
Cokelat comel..Rasa coklat yang sedap, anda pasti terpikat..
Inilah coklat hasil tangan sendiri..kini dibuka juga untuk tempahan hantaran perkahwinan bagi mereka yang berada di Negeri Sarawak sahaja. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. customer boleh juga menempah "nama sendiri, happy anniversary, happy birthday dan sesuai juga untuk dihadiahkan buat yang tersayang..

Tuesday, 25 October 2011
Minggu-minggu yang sibuk
Petang ni free, takder apa2 aktiviti sekolah, tapi mata ni tak mau lelap, kenapa ye?..Minggu-minggu terakhir persekolahan adalah minggu yang paling sibuk. Minggu ni adalah minggu Peperiksaan akhir tahun. Minggu depan, tanda kertas dan isi markah. Minggu satu lagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Khatam Quran. Minggu tu jugalah Majlis Ihtifal j-QAF..mana nak khatamkan murid lagi, mana nak latih murid untuk pertandingan masa Ihtifal lagi..Harapanku semoga Allah permudahkan segala urusanku..dan semoga segala usaha diberkati Allah.
Tuesday, 27 September 2011
Hari Keluarga dan Sukaneka Prasekolah
Pada hari Sabtu 24.9.2011 lepas, ada program Hari Keluarga dan Sukaneka Prasekolah bersama ibubapa dan PIBG sekolah. Alhamdulillah cuaca baik. Aktiviti mcm ni memang seronok, dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, ibubapa dan murid..
diminta untuk menjadi juruacara..
acara untai manik
acara perasmian : memecahkan belon
Murid2 excited nak bersenam kenyalang..
diminta untuk menjadi juruacara..
acara untai manik
acara perasmian : memecahkan belon
Murid2 excited nak bersenam kenyalang..
Saturday, 17 September 2011
Mee celup..
Kek Coklat..
Hari ni rasa nak makan kek coklat yang teramat. Tambah pulak cuti sekolah 3 hari..Rasa2 lama benar dah tak buat kek. Dulu2 masa blajar, rajin nak buat kek. Tapi sekarang sejak bekerja, semua benda guna istilah 'beli'. Tu lah yang menyebabkan kek ni agak kurang menjadi..mgkn lain sikit dari yang asalnya. dulu ok je, walaupun guna resepi yang sama..nampaknya kena selalu2 buat ni untuk cuba menghasilkan rasa asalnya..
Ini lah rupanya kek coklat..
Ini lah rupanya kek coklat..
Subscribe to:
Posts (Atom)