Friday 15 July 2011

Beduk diketuk

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk update blog pada petang ini. Bersyukur kehadratNya juga kerana diberi keizinan untuk memulakan kembara ilmu pada kali ini untuk menelaah sebuah buku "Beduk Diketuk" iaitu hasil karya kolumnis majalah solusi dan buku-buku keluaran telaga biru iaitu Pahrol Mohd Juoi. Buku ini baru saja sampai petang tadi, dan sedang cuba mengkhatamkan secepat mungkin kerana isinya agak menarik yang menyentuh soal kisah-kisah yang diberi nafas Islam yang bisa mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan. Disamping diselitkan oleh ilustrasi yang menarik dan mencuit hati. Baru saja selesai baca bab 1 iaitu: Ramai Pengajar Sedikit Pendidik.

Antara yang dibahaskan dalam bab 1 ialah tentang TAHU dan SEDAR. Mempunyai makna yang berbeza dari sudut lughah dan istilah. TAHU di akal tetapi SEDAR di hati. Kebanyakan manusia TAHU bahawa dia hamba Allah tetapi dia tidak SEDAR bahawa dia hamba Allah. Akibatnya ramai manusia yang sanggup melakukan kejahatan walaupun dia tahu sebagai hamba Allah tidak wajar dia berbuat demikian.
Bagaimana pula jika kita hendak SEDAR?
Pindahkan ilmu yang ada di kepala ke dalam hati.
Maknanya kita mesti mendidik bukan sekadar mengajar.
Mengajar ialah kita memberitahu, memahamkan, menyampaikan
Mendidik ialah kita mendorong, membimbing, mengajak dan memantau
cth yang jelas : Jika kita mengajar anak murid kita solat, kita sekadar menyampaikan ilmunya seperti syarat, rukun, sah, batal dsb.
tetapi mendidik lebih kepada mengajak, ajak mereka solat bersama-sama kita. Kita menjadi role-model kepadanya. Jika malas, kita dorong mereka dan jika salah kita betulkan. Hasilnya pelajar akan mahu sembahyang. Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis ini juga menerangkan bahawa, pukul itu bukan untuk menyakiti tetapi sekadar untuk mendidik. Golongan pendidik bukan difokuskan kepada para guru mahupun guru agama sahaja, malah sesiapa sahaja mampu menjadi pendidik asalkan ilmu yang disampaikan itu berguna dan bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kerana ilmu ini adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para Rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga iaitu MODAL INSAN..merupakan salah satu falsafah pendidikan Negara.
"Jangan kesal jika kita tidak dihargai, tetapi kesallah jika kita benar-benar tidak berharga."

Related Posts with Thumbnails