Tuesday 16 November 2010

Majlis Khatam Quran..dan salam Aidiladha

Alhamdulillah hari ni sempat upload gambar majlis khatam al-Quran dan penutupan kem bestari solat 2010. Syukurlah kehadrat Ilahi kerana majlis yang dirancang berjalan lancar. seramai 23 orang murid telah tamat al-Quran pada tahun ini, dan mereka mendapat sumbangan al-Quran dari Baitulmal. Tahniah. kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diupload utk tatapan semua..

Paluan kompang dan bunga manggar mengiringi tetamu kehormat dari PPD

Peserta khatam membaca alunan ayat suci al-Quran dan di ketuai oleh ustaz jammie

Persembahan murid:sentuhan kalbu, yang menyentuh hati setiap ibu.Ditujukan khas untuk ibu-ibu dan ayah-ayah. Ternyata ramai yang mengalirkan air mata.

Tidak lupa juga para imam, tenaga pengajar al-Quran Kampung turut hadir memeriahkan majlis

Peserta khatam menerima cenderahati dari pihak sekolah berupa naskhah al-Quran

Kumpulan nasyid sekolah menyampaikan dua buah lagu. Tak sangka pulak lagu kedua (anak soleh) bisa membuatkan penonton mengalirkan air mata.sampaikan solonya pun turut nangis sama..
Akhir kalam, selamat menyambut hari raya aidiladha..maaf zahir batin..

Friday 12 November 2010

kegiatan pagi sabtu..

Lama betul tak update blog. Maklumlah akhir thn mcm ni, banyak betul program sekolah n luar. Alhamdulillah kelmarin dah siap majlis khatam al-Quran peringkat sekolah. tapi gambar tak sempat upload lagi sebab orang lain yang snap..kamera sndiri asyik wat hal jer. hari2 sebelum ni ok jer, bila tiba hari program, dia wat hal..frust2. hajat nak record budak2 nasyid..tapi alhamdulillah,program berjalan dgn lancar. balik sekolah ptg kelmarin, suami minta buat laksam n nasi kerabu, nak cuba jual di pasar. kebetulan dia ikut kwnnya menjual di pasar. belajar2 menjual katanya.hehe. dlm kepenatan, ku gagahkan jua untuk bangun seawal jam 3 pagi utk siapkan nasi kerabu n laksam. dalam kul 6.45 siaplah menu yang diminta..hehe.suami sampai pasar dalam kul 7.30..tak sabar rasa nak msg tanya perkembangan laksam n nasi kerabu tu.ntah menjadi ke tak. tepat kul 8, call suami. alhamdulillah suami cakap dah habis dua2 laksam n nasi kerabu. yer ker?cam tak caya la plak..rasa2 dah ngantuk plak..lagipun hujan di luar. ok..

Related Posts with Thumbnails