Thursday 26 November 2009

salam aidil adha

Sepanjang kat kampung ni, baru berkesempatan untuk menjenguk blog ni. rasa rindu buat famili dah terubat. tapi ada jugak yang tak berkesempatan untuk beraya kat kampung. malam ni adalah malam raya...penat jugak menolong mak buat nasi dagang. makan memang best tapi nak membuatnya jer...tapi tak per pengalaman yang menyeronokkan. Then..selamat hari raya aidil adha maaf zahir batin

Sunday 15 November 2009

Wahai Wanita

Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisahan meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. maka terciptalah Siti Hawa dari rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

Tuesday 10 November 2009

Doa seorang isteri..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Monday 9 November 2009

Renungan

Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa 'sibuk' mencari alasan...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan sembahyang adalah berdosa, malahan lebih hina dr khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dlm hatinya (nazar).

"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg diturunkan utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya pergi bertemu dgn Nabi-Allah Musa.

Dia menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat... betapa hinanya org yg tak solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumahnya lebih hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Air Tangan Orang yang Tidak Solat Lebih Hina dari Air Kencing Anjing Hitam..

Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan org yg memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.

Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yg menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat keja2 yg baik. Jaga apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak... Allahualam

Friday 6 November 2009

Eastwood Valley Golf&country Club


depan Dewan..

Majlis Khatam al-Quran peringkat Negeri Sarawak kali ke-4

Majlis Khatam al-Quran Peringkat Negeri Sarawak kali ke-4 telah di adakan di Eastwood Valley Golf and Country Club,Miri Sarawak pada 4-6 November 2009.Murid2 yang terlibat ialah seramai 400 orang yang telah khatam al-quran di 11 bahagian di sarawak. Di bahagian Mukah adalah seramai 30 orang,dan 4 orang di setiap sekolah.guru pengiring di bahagian Mukah ni 5 orang termasuk aku. perjalanan ke Miri ambik masa selama 8 jam. walaupun penat, tapi nampaklah keceriaan dan kegembiraan di wajah anak2 murid aku ni. dan murid2 yang terpilih ni pun semuanya dah khatam quran.sekolah aku 4 orang tu pun baru darjah 3. kami terpaksa pulun betul2 supaya mereka khatam jugak sebelum akhir tahun.Alhamdulillah mereka sudah khatam al-Quran.


kami bergambar kat depan pentas utama

ni gambar murid2 khatam.cantik tak pakaian mereka?

Ni pun gambar ain dan najwa..anak didikku

Majlis Khatam al-Quran peringkat Negeri Sarawak





Murid2 dapat mengutip berjuta pengalaman disini. sebagai guru pengiring aku merasa amat berbangga dan berbesar hati kerana 4 orang murid sekolah ku turut serta dan berjaya khatam al-quran sekali lagi semasa berada di Miri, walaupun usia baru 9 tahun.Alhamdulillah.

Monday 2 November 2009


jalan2 ke KK, sempat lagi tengok gelang mutiara semua cantik2.KK memang best

santai kat tepi pantai

Kisah Hamba Mithali

ZINNIRAH HAMBA MITHALI
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari, Zinnirah telah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan tentang ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keislaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan sifat bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik di pihak lawan mahupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keislaman Zinnirah apabila suatu hari dia terdengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...
Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq. Lalu Abu Bakar pun membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Wanita singa

KHAULAH AL-AZWAR WANITA SINGA
Khaulah Al-azwar, seorang wanita yang memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil lagi beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azwar) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya. "Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah kita semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah kita sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kita dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kita semua sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kita sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah kamu semua sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."
Akhirnya, berkat keyakinan mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.

Srikandi Syurga

BIDADARI SYURGA

DAMBAAN PARA SYUHADA’

Ainul Mardhiah’ seorang bidadari syurga yang menjadi dambaan para syuhada’. ‘Ainul Mardhiah’ bermaksud mata yang diredhai ini merupakan bidadari yang paling cantik di antara bidadari syurga yang lain.

Suatu pagi, pada bulan Ramadhan, Rasulullah telah memberi taujihad dan kata-kata semangat kepada para sahabat baginda untuk berjihad ke jalan Allah, dan barangsiapa yang berjihad dengan penuh ketakwaan dan mengharapkan keredhaan allah semata-mata akan dijanjikan nikmat dan ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t. Para sahabat menghayati setiap bait kata-kata nabi, di antaranya : “Barangsiapa yang keluar berjihad di jalan Allah, dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga”. Setelah mendengar perkhabaran itu, seorang sahabat baginda yang usianya tersangat muda teringin untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi dia malu hendak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada para sahabat yang lain. Hasratnya itu dipendamkan sahaja, namun dia tetap bertekad untuk menyertai pasukan perang Rasulullah dan berjihad bersama-sama baginda.

Sebelum waktu zohor, telah menjadi sunnah baginda untuk tidur sebentar sekadar merehatkan badan dan menambahkan tenaga untuk melakukan ibadah kepada Allah. Maka sahabat baginda yang muda tadi turut sama menyertai jemaah itu untuk tidur bersama-sama. Di dalam tidur tersebut dia telah bermimpi berada di suatu tempat yang cukup asing baginya. Kawasan sekelilingnya cukup indah dan cantik yang mana tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Di situ juga dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian serba indah serta berseri-seri mukanya, lalu dia pun bertanya dimanakah dia berada ketika itu, maka lelaki itu menjawab bahawa inilah syurga. Lantas, dia pun menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah’, dia pun ditunjukkan suatu arah oleh lelaki tersebut. Maka anak muda itu pun berjalan mengikut arah yang dinyatakan. Mata beliau terpacak pada satu pepohon yang tidak jauh dari tempat beliau berdiri, dilihatnya seorang wanita cantik yang tak pernah dilihat kecantikan sebegitu di dunia ini. Lalu dia pun memberi salam dan bertanyakan pada wanita tersebut, “Adakah ini Ainul Mardhiah?”. Wanita itu menjawab, “Eh, tidak, saya hanya khadamnya sahaja dan Ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana”. Lalu dia pun berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-permata hiasan di dalam mahligai. Lantas dia pun memberi salam dan bertanya lagi kepada wanita tersebut. “Adakah tuan hamba ini Ainul Mardhiah?”. Jawab wanita itu, “eh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana”. Tanpa melengahkan masa, beliau mengatur langkah menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu yang cantik, indah dan amat mengkagumkan. Tanpa disedari, dek kerana keasyikan memerhati akan keindahan batu-batu permata tersebut, beliau telah sampai di satu mahligai lagi dan telah mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya daripada wanita yang pertama dan berganda-ganda cantik daripada yang kedua. Kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini, telah membuatkan beliau memuji-muji kebesaran Ilahi. Lalu wanita itu pun berkata “akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku”. Apabila anak muda itu mendekatinya, seraya wanita itu berkata, “Nanti! Kamu belum syahid lagi.” Tersentak itu, anak muda itu pun terjaga dari tidurnya dan dia telah menceritakan segala-galanya kepada

seorang sahabat yang lain, namun begitu dia memesan agar merahsiakan cerita ini dari pengetahuan Rasulullah. Tetapi sekiranya beliau syahid, barulah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w.



Sunday 1 November 2009

Ahlan Wasahlan


Selamat datang dan syukran jazilan coz sudi jenguk blog saya. Saya berharap kita dapat berkongsi ilham dan pandangan agar diberikan kemudahan dalam usaha menuju-NYA.

Related Posts with Thumbnails