Friday 29 January 2010



Inilah Twin Otter yang menjadi pengangkutan udara dari satu2 kawasan ke kawasan yang lain di pedalaman sarawak. ia boleh muat kira2 12 ke 15 orang penumpang la. biasanya kami naik twin otter ni, bila nak g kuching je. ia menghubungkan bandar2 besar macam miri dan kuching. kalau ke kuching ambik masa 1 jam jer. tapi kalau naik bas ambik masa dalam 10 jam dari sibu.tambang pulak dari mukah ke kuching rm 98..nak naik tu dia timbang dulu barang sekali ngan orang, sebab dia tak boleh lebih muatan. mula2 naik tu gayat jugak. sebab bila dia langgar awan tu, kita dapat rasa la gegaran kecil dan sedikit bergerak tu..gerun jugak la. tapi bila dah biasa ok je. atas tu plak boleh nampak drebar sebab kecik je.rasanya lebih sempit dari bas mini kot.Tapi naik ni boleh dikatakan pengalaman yang berharga jugakla..ok tu jer

Friday 15 January 2010

Happy Birthday my love


Hari ini birthday suami yang ke...secret..cuma celebrate kat rumah jer.maklumlah save budget..tapi takper,yang penting ingatan tulus ikhlas dari seorang isteri untuk suami..itu yang membangkitkan semangat suami untuk terus maju dan berjaya.insyaAllah.

Monday 11 January 2010


Bertemu kembali dalam ruangan ini. seminggu sesi persekolahan 2010 bermula, kesibukan mula dirasai oleh para guru. sibuk dengan tugasan awal tahun, dengan meting staf,meting kurikulum,HEM,ko-Ku dsb . Hari sabtu pula sibuk dengan gotong royong bersama para ibu bapa (PIBG), kira hari Ahad jer yang off.hari minggu pulak, sibuk kat rumah plak,dengan iron baju untuk seminggi terus,kemas rumah,masak dsb. Tambahan pulak, adalah cabaran buat saya di tahun baru ini ialah saya ditugaskan di tempat baru. mana nak menyesuaikan diri dengan suasana baru,tugas baru,staf baru..hehe.tapi alhamdulillah, saya dapat mengatasinya dan kehadiran saya disenangi, tambahan pulak guru besar yang understanding. Hari ni sempat la menjenguk blog sekejap...tengok2 info terkini.semoga hari2 yang mendatang akan senantiasa membawa sinar yang terang dan bersinar..

Saturday 2 January 2010

Bandar Mukah,Sarawak


ni gambar medan tempat makan2,ada la gerai2 makanan, mcm mee kolok,laksa sarawak n mcm2 lagi

ni plak hotel kingwood,baru je siap di bina,seingat2 dlm 2 thn dah kot

ni plak permandangan jauh bandar mukah

Bandar Mukah,Sarawak

Mukah merupakan salah satu bandar kecil di kawasan luar bandar di Sarawak. Mukah ni terletak di bawah bahagian Sibu.Perjalanan ke sibu, kalau menggunakan jalan darat mengambil masa dalam 3 jam lebih hingga 4 jam. tapi kalau menggunakan jalan air cuma mengambil masa 2 jam sahaja. Mukah juga sebuah bandar yang baru hendak membangun..kalau untuk pulang ke semenanjung, kami boleh menggunakan twin otter(kapal terbang kecil)ke kuching yang mengambil masa 1 jam.pastu dari kuching naik plak flight ke KL.kalau taknak naik fligt kecik tu boleh jugak pakai kereta atau bas, tapi jalan dia agak teruk jgk la..ni ada beberapa tempat sempat sy catch untuk tatapan semua..
/>
KFC ini baru siap di bina setahun yang lepas..

Bangunan PEHIN ini ialah bangunan pentadbiran di Mukah


Ni plak, masjid setiaraja.masjid yang terbesar di Mukah..

Signboard ni menunjukkan beberapa tempat di Mukah

Related Posts with Thumbnails