Wednesday, 1 June 2011

jalan-jalan kuching

Hari pertama..
Kami bertolak dari sibu jam 6.30 pagi..sampai ke kuching kul 1 tghri. Perjalanan yg mengambil masa selama 6 jam setengah dari bandar sibu. Tapi kalau dari Mukah kena tambah la, 2jam setengah lagi. jauh juga perjalanan nya. Jalanraya hari tu agak sibuk, namun kami tetap berhati2 agar sampai ke kuching dengan selamat. Alhamdulillah. Tiba di kuching, kami terus cari hotel berdekatan ngan waterfront, malangnya semua sudah penuh, maklumlah cuti sekolah. sepatutnya kena booking awal. kami pun cuba call hotel yg pernah kami menginap 3 thn lepas. Alhamdulillah ada lagi kosong. kami terus booking. tapi jauh sikitlah dari bandar. Tapi ok jer kat FATA HOTEL tu, harga pun agak berpatutan rm 79.50 semalaman.Malamnya pula, kami menjamu selera kat gerai berdekatan hotel arif. best makanan kat situ..ada nasi kerabu pelbagai lauk juga..teringat kat kg.



Hari kedua..
Hari kedua, kami jalan2 kat pasar sarikin je. Pasar sarikin hanya buka pada hari sabtu dan ahad je. Untuk kesana kami turun seawal jam 6.30 pagi. sebab, kat sana kalau lewat memang tak dapat parking..sampai sana dalam 7 lebih la. tu pun dah ramai orang..Alhamdulillah parking masih banyak lagi. kat sini banyak jual pelbagai fabrik, macam blouse cantik2, kain untuk buat baju pengantin, telekung sembahyang, langsir, kain sulam dan banyak lagi. tak ketinggalan tikar sarawak, handbag, bantal,tilam dan macam2 lagi. yang penting kena bawak duit poket lebih la..Jurujual semuanya dari Indon. sebab sarikin ni adalah sempadan indon(Kalimantan). Mereka kata semua barang ni datang dari Bandung..Sempat jugak beli blouse 2 helai. Suami pulak sempat beli dompet Levis, cuma rm30 je..kat bawah ni gambar sekitar pasar sarikin.







Jubah semua cantik2 dan murah. tak tau nak pilih yg mana. harganya hanya rm50 je. kalau kat kedai biasa hampir seratus atau seratus lebih.

Malam tu, kami hadir satu ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Ust Zahazan.."Membawa Cahaya ke Dalam Rumah". Itulah pertama kali melihat Ust Zahazan secara live.Ceramah yang bersahaja, tapi ada unsur2 humor jugak. Tak sangka pulak, masa dalam tv nampak Ust serius je, tapiu sebenarnya peramah dan pandai berjenaka. membuatkan kami yang hadir tidak merasa jemu..itulah penangan orang yang berilmu. ust zahazan adalah penasihat Stormreaders terutamanya majalah solusi dan buku2 keluaran telaga biru dan pts.

Kenal tak siapa ni? Inilah Syah, bekas penyanyi nasyid Brothers satu tika dlu..dia merupakan pengasas Stormreaders..


Sempat juga bergambar ngan Ust. Zahazan

Hari ketiga..
plan kami hari ketiga ni nak menyaksikan sendiri panorama indah kat kampung budaya ni. sebelum ni cuma tengok kat tv dan internet je. so, dalam kul 7pg terus bersiap.Nak ke kampung budaya ni mengambil masa dalam 30-40 minit la dari bandar kuching. jalan pagi tu agak sibuk jgk, maklumlah hari bekerja, cuma sekolah je cuti.Sampai je kat sana, kaunter tiket belum buka lagi.Kul 9 pg baru buka. Sambil snap2 gambar kat luar tu, ternampak la kat kaunter masuk tu ..dewasa : RM 60 dan Kanak2 : RM 30..alamak mahalnya.kalau 2 org dah rm120..kira lari bajet la.so, kami ambil keputusan tak jadi masuk dan patah balik ke kuching. Jalan2 satok, wisma saberkas dan India street je..


background kampung budaya, santubong


ambil gambar kat luar je..



Jalan-jalan kat kedai-kedai kraf sepanjang jalan bersebelahan ngan waterfont..kat sini terdapat pelbagai kek lapis dengan pelbagai citarasa. siap boleh cuba dulu sebelum beli. tapi memang sedap2 semuanya. kalau datang ke sarawak tidak lengkap kiranya tidak membawa pulang kek lapis..

Hari keempat..
Alhamdulillah kami selamat sampai ke mukah pada pukul 5.45 petang. dalam perjalanan pulang, sempat singgah sarapan kat Sri Aman. susah betul nak cari kedai makan islam kat situ, terpaksa lah dua tiga kali pusing. hinggalah kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, masa nak keluar tu, ternampak satu kedai makan Islam..kami menjamu selera kat situ..

Itu saja coretan kali ini..Semoga diberi kekuatan dan kerajinan untuk mengemaskini blog..

No comments:

Related Posts with Thumbnails