Saturday 20 April 2013

Jalan-jalan ke Pasar Kemboja, Parit Buntar

Hari Jumaat (19 April 2013) adalah cuti hari Keputeraan Sultan Perak, jadi semua sekolah di Perak adalah cuti umum..sebelum tu dah search internet, tempat2 menarik di Perak dan jimat kos..memandangkan gaji lagi seminggu, jadi kena jimat lah..Kebetulan pasar kemboja di Parit Buntar dibuka pada hari Jumaat dan Isnin sahaja..kul 6.30 pagi dah bertolak dari sungai siput dan mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui highway Taiping..kul 7.30 pagi sampai kat Parit Buntar, berpusing-pusing jugak nak mencari lokasi pasar tu..terpaksa tanya orang jugak la..tempatnya agak jauh dari pekan, dekat ngan kampung orang.. Kat sana menjual pelbagai jenis dan jenama tudung dijual borong..kalau beli satu kodi tu (10 helai) murah lah..bidang 60' pun banyak..ada juga sesetengah kedai yang jual satu2 helai, tapi tak banyak la..kain2 dan blouse pun banyak..kat tepi2 tu banyak kedai makan dan restoran untuk para pengunjung..insyaAllah cuti sekolah bulan 5 ni boleh bertandang lagi..

No comments:


Related Posts with Thumbnails