Sunday 27 December 2009

Tahun Baru

Alhamdulillah.Hari ini saya dan suami dah pergi melapor diri kat sekolah baru. sempena tahun baru 2010 ni suasana mungkin berbeza coz kami masing2 di transfer ke sekolah baru akibat keperluan dan sekolah yang dekat dengan rumah kami. ini memudahkan pergerakan kami untuk berulang alik. jika sebelum ni rumah kami dengan sekolah suami mengambil masa lebih kurang 40 minit dimana sejauh 45 kilometer. walaupun berat hati untuk meninggalkan sekolah lama, maklumlah hampir 3 tahun saya di sekolah itu.suami pulak sudah masuk tahun ke 4 di sekolah itu. masing2 meninggalkan kenangan manis bersama staf2 di sekolah lama.kami berharap tahun baru ni, kami dikurniakan semangat yang baru seiring dengan azam kami yang baru untuk mendidik anak2 di bumi Sarawak yang bertuah ini. InsyaAllah.semoga tahun ini juga memberikan kami cahaya yang akan terus menyinari dunia kerjaya kami...

No comments:


Related Posts with Thumbnails