Tuesday 16 November 2010

Majlis Khatam Quran..dan salam Aidiladha

Alhamdulillah hari ni sempat upload gambar majlis khatam al-Quran dan penutupan kem bestari solat 2010. Syukurlah kehadrat Ilahi kerana majlis yang dirancang berjalan lancar. seramai 23 orang murid telah tamat al-Quran pada tahun ini, dan mereka mendapat sumbangan al-Quran dari Baitulmal. Tahniah. kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diupload utk tatapan semua..

Paluan kompang dan bunga manggar mengiringi tetamu kehormat dari PPD

Peserta khatam membaca alunan ayat suci al-Quran dan di ketuai oleh ustaz jammie

Persembahan murid:sentuhan kalbu, yang menyentuh hati setiap ibu.Ditujukan khas untuk ibu-ibu dan ayah-ayah. Ternyata ramai yang mengalirkan air mata.

Tidak lupa juga para imam, tenaga pengajar al-Quran Kampung turut hadir memeriahkan majlis

Peserta khatam menerima cenderahati dari pihak sekolah berupa naskhah al-Quran

Kumpulan nasyid sekolah menyampaikan dua buah lagu. Tak sangka pulak lagu kedua (anak soleh) bisa membuatkan penonton mengalirkan air mata.sampaikan solonya pun turut nangis sama..
Akhir kalam, selamat menyambut hari raya aidiladha..maaf zahir batin..

No comments:


Related Posts with Thumbnails