Saturday 18 December 2010

Hadir majlis kahwin..

Selamat bersua kembali di alam maya setelah sekian lama tak update blog. Pagi Ahad ni relaks sikit, boleh lah upload 2 keping gambar ni. Sebenarnya banyak yg di snap, tp cukuplah 2 keping ni untuk share kat sini. Hari Jumaat lalu, kami menerima jemputan dari orang kampung kat sini untuk sama2 menghadiri majlis akad nikah kat rumah pengantin perempuan. Tak jauh pun dgn rumah sewa kami dalam 15 langkah je kot. Seronok jugak dapat tengok adat dan budaya org sini. Majlis tu mula sekitar jam 2.30 dan berakhir dalam kul 4 ptg..Selepas akad nikah, ada bacaan marhaban oleh kumpulan khas marhaban kampung ni. Pengantin lelaki tu org Lundu, Kuching, kawin ngan org Mukah ni, jauh gak tu. Kuching ke Mukah dalam 10 jam jugak lah. Esok hari diaorg jemput kami ke majlis bersanding pulak kat dewan suarah. Kebetulan esoknya(Sabtu)suami ada kerja, so tak dapat la ikut serta..apapun Selamat Pengantin Baru, semoga dirahmati Allah dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat.

Sebahagian hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Bergambar bersama pengantin dan kumpulan Marhaban Kg Kuala Lama, Mukah

No comments:


Related Posts with Thumbnails