Sunday 5 December 2010

Jalan2 cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni, kami ambik keputusan utk bercuti ke KK selama 4 hari 3 malam. Sebelum ke KK, kami bermalam di Miri semalaman, memandangkan dari Mukah ke Miri pun sudah mengambil masa 7 jam.
Kat bawah ni adalah sebahagian gambar2 yang sempat di upload..

Sebelum meneruskan perjalanan ke KK, kami bermalam di Miri, sebab perjalanan dari Miri - KK mengambil masa 8 jam.

Ini adalah imegresen antara kuala belait(Miri - Brunei)

highway brunei, bersih dan cantik

ni feri nak menyeberang dari sempadan lawas dan brunei. sungai bukan main kecik, tapi kena beratur naik feri lagi. kena bayar rm 10 tu..kalau buat jambatan kan senang..huhu
\
kalau ke KK tak sah kalau tak ke sini. Kat sini la orang pakat tunggu matahari terbenam. cantik sangat. seberang sana tu terdapat beberapa buah pulau, sesuai utk dikunjungi..hari tu, sy dah pegi pulau manukan. cantik..

jalan nak ke kundasang. sebelum kami bertolak ke kundasang cuaca agak ok. tapi bila kami mula mendaki bukit2 ni cuaca mula berubah mendung dan berkabus tebal. gerun jugak la nak meneruskan perjalanan. tu la sapa suruh cari pasal jalan2 musim tengkujuh ni. tapi kalau tak ke kundasang rasa tak lengkap jer, maklum lah datang jauh2, rugi jugak kalau tak ke sana. apa pun ikutilah kisah kami seterusnya..

Jalan nak ke kundasang..kami benar2 berhati2 masa mendaki ni, lampu jangan lupa pasang, maklumlah kabus tebal saat ni. jalan pulak sibuk dengan lori dsb, maklumlah ni merupakan jalan utama nak ke sandakan dan tawau.


on the way ke kundasang.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke pekan ranau.Sebelum ke poring kami menjamu selera di sini dulu.

Ini la rupa poring hot spring tu. Kolam2 kecil terbuka dibina untuk orang awam mandi-manda di sini. tapi kami tak mandi pun..cuma main2 kaki je.hehe..

Ni pula, pasar kraf sekitar poring..


Ni pasar kundasang, kalau ke sini tak sah jika tak singgah di pasar ni. Macam2 buah2an ada jual kat cni walaupun di luar musim, mcm mempelam, durian, starwberry, anggur dan mcm2 lg. bunga2an pun ada. tak ketinggalan juga pelbagai cendawan ada kat cni, tapi syg, nak buat balik susah takut tak sempat sampai rumah dah rosak.

hubby berposing background gunung kinabalu dekat kinabalu park, tapi time ni gunung dah diselaputi awan..

background gunung-ganang..

Petang hari ke-2. Kami makan soto jawa, dan Air batu campur. Best sgt soto dia, ABC pun terangkat jgk, rasa tak cukup 1 mangkuk soto.
Malam kedua kami bermalam di Komplek tabung haji. Dia mcm hotel la. Sesuai untuk famili. rate dia agak berpatutan, dlm rm 78,88,dan seratus lebih la.Tapi selesa sgt dah la bilik dia. Kebetulan malam tu suami saya ada perjumpaan dgn ahli2 storm readers. Elok sgt la, saya dapat merasa tinggal kat cni.Biasanya kami hanya menginap di sekitar pusat bandar jer. Apa salahnya bertukar angin plak.

Ini adalah masjid bandar, tempat dia agak jauh dari pusat bandar. Tapi dia dekat dengan komplek tabung haji dan muzium. Susah jugak nak cari tempat ni, rupa2nya tak la jauh sgt dlm 5km dari pusat bandar.

Hari ke-3 juga, kami jalan2 ke 1 borneo. besar jugak pasaraya ni, tak larat nak jalan2 semua..

hari ke-3, jalan2 muzium sabah. penat jugak la jalan2 kat sini. tapi banyak juga yang sedang dibaik pulih.

Pasar malam KK. Best makan2 kat sini, lauk semua fresh2, boleh tahan murah la..kalau nak makan tu semua lauk nak.memang best.Saya syorkan kalau ada kawan2 nak bercuti datang la KK banyak tempat boleh pegi..

No comments:


Related Posts with Thumbnails