Saturday, 23 October 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, 23/10/2010 sekolah baru selesai menjalankan aktiviti tahunan, Kem Bestari Solat yang ke-4.Dengan itu, maka berakhirlah KBS untuk tahun ini dan akan berjumpa lagi pada tahun hadapan. Untuk thn ni ada satu lagi program yg menanti, iaitu majlis khatam al-Quran..rancangannya InsyaAllah pada 12/11/2010. Tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah hujung thn ni yang bermula pada 20/11/2010..semoga apa yang kami rancang ini diberi kemudahan oleh Allah.kami mengharapkan program akan datang berjalan lancar..

murid2 sedang menjamu selera..nasi lauk ayam masak merah&sayur

semasa permainan kotak beracun..

murid2 sedang menjalani amali solat..

khusyuk melihat tayangan..

semasa sesi LDK dijalankan

murid2 sedang membuat amali wudhuk..

Monday, 11 October 2010

aktiviti hari minggu

Aktiviti hari minggu ni, takder nak buat apa so, bila terbayangkan acuan roti jala yang dah dibeli agak lama tapi tak terguna pakai. hari ahad tu merajinkan diri buat roti jala. Alhamdulillah kira menjadilah drp sebelum2 ni..ni excited sgt nak kongsi di sini..tapi alahai,kuah karinya tak sempat nak snap sebab dah habis awal, maklumlah wat ckit sgt..insyaAllah len kali wat lagi..kat bawah ni adalah 2 keping gambar utk tatapan pembaca.tapi kalau pembaca ada idea atau resepi yg lebih menarik leh kongsi ngan saya..k

ni kira 1st time wat roti jala kira menjadi la. hari tu asyik melekat jer..ni cuba guna periuk tefal lak.

Ni la antara roti jala yang sempat di snap..baru belajar menjala ni..

Monday, 20 September 2010

gambar raya..


ni sebahagian my family bergambar bersama semasa raya..

Thursday, 2 September 2010

Majlis khatam al-Quran peringkat sekolah

Alhamdulillah, hari ini 3 sept 2010 sekolah kami mengadakan majlis bacaan yasin, solat hajat dan khatam al-Quran sempena ramadhan.walaupun rancangan last minute, tp ianya berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih kepada guru2 yang SK Kg Petanak, Mukah yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk menjayakan majlis ini.Panitia Pendidikan Islam mengucapkan berbanyak terima kasih. Lps rehat ada perhimpunan ringkas oleh guru besar sempena ucapan hari raya dan nasihat dari guru2 kpd murid2.

Ini ada beberapa keping gambar yang dapat dikongsikan bersama..

Murid2 tengah khusyuk mendengar taklimat drp Ustaz..

Guru pun tak ketinggalan nak juga saguhati..

Guru Besar menyampaikan saguhati dan duit raya kepada peserta khatam

Peserta khatam al-Quran

Wajah-wajah guru SK Kg Petanak yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Khatam al-Quran

Monday, 30 August 2010

Majlis Berbuka Puasa

Alhamdulillah, hari ke-20 puasa barulah berkesempatan untuk mengadakan majlis berbuka puasa di sekolah. walaupun simple tetapi ianya cukup bermakna kerana inilah kali pertama berbuka dgn warga SK Kg Petanak. Turut di hadiri oleh murid2 tahap 2 dan murid Tadarus al-Quran.

Ni la Laksam yang saya dan hubby kerjakan. Oklah, kira menjadilah.Ni ambik resepi dari kawan lama. Alhamdulillah, habis jgk laksam ni, ni dah kali ke 3 la wat laksam sndiri setakat ni..

Ini antara menu berbuka puasa kat sekolah.sebenarnya ada banyak lagi, tapi tak sempat nak catch utk tatapan umum, maklumlah masing2 sibuk nak menjamu selera.

Saturday, 28 August 2010

Buku baru..

Sekarang ni tengah bagi penumpuan pada buku ini. "Jangan Bersedih" kalau dlm Bahasa Arabnya "La Tahzan" tapi khusus untuk para wanita. Buku ini adalah karya Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Ia telah diterjemah oleh Muhammad Huzaifah. Sesuai dengan ungkapan yang indah 'Jadilah wanita yang paling bahagia' ini banyak memberi kata-kata perangsang dan motivasi untuk para muslimah agar jangan sesekali berputus asa di atas kesulitan yang dihadapi. kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Saya baru baca bab 3. Saya akan terus menerokai buku ini sehingga penamat. InsyaAllah, saya akan berkongsinya di sini setelah habis baca nanti.Ok selamat membaca..

Alhamdulillah, bagi mengisi masa2 terluang dapat juga habiskan dua buah novel islamik keluaran telaga biru ini.Jalan ceritanya menarik, penuh pengajaran sesuai untuk semua golongan. Tidak mengandungi unsur2 yang boleh menimbulkan keasyikan dan kelalaian. susunan cerita yang disertai nas-nas al-Quran bisa menaikkan motivasi pembaca.

Saturday, 17 July 2010

My Birthday 08 Julai

Sambutan birthday ku disambut kat rumah jer..hubby yang masak.
Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa2 ku..berikanlah kepada kami rezeki yang halal dan diberkati, rahmatilah rumah tangga kami, perkenankanlah doa2ku..Amin..


Ni antara masakan best ciptaan hubby


Ni kek pilihan hubby..putih macam salju..best ni


Special Hubby masak masa besday ku..

Sambutan hari Guru Peringkat Daerah Mukah 16 Julai 2010

Alhamdulillah hari ni sempat juga update blog yang dah lama tidak diupdate. Hari ni sempat upload gambar sambutan hari guru peringkat daerah Mukah pada 16 Julai 2010. Hotel Kingwood resort yang menjadi pilihan untuk sambutan tersebut. Sambutan tu bermula jam 8.00 mlm hingga 10.30 malam.


Bersama suami semasa sambutan hari guru

Suasana di Hotel Kingwood

Saturday, 19 June 2010

Tidak Masuk Akal

Pada suatu hari….

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

-“Mana ibumu?”
- “Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.”
- “Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?”
- “Tidak!”


- “Di mana pula abangmu?”
- “Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.”
-(Ayah semakin hairan) “Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?”
- “Tidak!”


- “Kakakmu di mana?”
- “Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.”
- “Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?”
- “Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…”

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal sebenarnya hanyalah sebuah analogi mudah.inikah yang berlaku dalam kehidupan UMAT ISLAM hari ini?

Kita menerima surat dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. Surat yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada Surat yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

Thursday, 17 June 2010

Brunei Darussalam

Alhamdulillah dapat juga upload gambar travel kami ke bandar Seri Begawan ni. Sebenarnya dah lama nak upload tapi tak berkesempatan. Pemergian kami ke Brunei ni tak di rancang. Kami pegi cuti sekolah bln 3 lagi. Kami travel ke Kota Kinabalu dengan kereta sendiri. Kalau nak ke KK kena lalu ikut Brunei. alang2 dah sampai sana, kami brenti dan tanya2 hotel murah kat sini. Nasib kami baik, ader jer hotel yang murah dan berpatutan..


Berlatarbelakangkan Kampung Air..Penduduk Kampung Air ni, mereka parking kereta mereka di seberang sini, dan mereka menggunakan perahu atau bot untuk ke kediaman mereka.


Bandar Seri Begawan


Ini adalah suasana malam yang tenang di bandar Seri Begawan, berlatar belakangkan Masjid yang indah.


Ini di dalam perkarangan masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei


Inilah depan pintu masuk Masjid Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.

Wednesday, 16 June 2010

penerbangan pulang..

Pengalaman balik semenanjung kali ni amat berbeza kerana mengambil masa kurang lebih 2 hari. uii penat..mana taknya, oleh kerana cuaca tak menentu iaitu hujan lebat, twinotter dari mukah tak dapat terbang. so terpaksa la tggu keesokannya. esok plak, hujan jgk, tapi tak berapa lebat, alhamdulillah boleh la twinotter terbang. bila satu flight delay, alamatnya semua flight terpaksa delay. yang merunsingkan, tiket kami tak dapat confirm, terpaksa waiting list. mintak punya mintak dapat la yang agak awal. nasib baik naik MAS. kalu macam kawan saya, dia naik airasia terpaksa cancel tiket dia, dan kena ambik baru. mahal la..dalam rm400+- la.tu baru sampai KL.tak KL-KB lagi..kesian tau..alhamdulillah kami sampai airport KB dalam kul 7 ptg dah. kepulangan kami di sambut oleh ibu dan bapa mertua..happy sangat..

ni plak atas twinotter. dari mukah ke kuching ambik masa 1 jam.naik ni pening kepala dan telinga kita akan jagi berdesing. masa balik hari tu 2 hari masih terasa telinga tersumbat..

ni atas flight dari kuching ke KL.ni masa nak balik ke kg halaman di kelantan. perjalanan yang mengambil masa 1jam 35 minit.

Thursday, 27 May 2010

Stormreaders Network|MLM patuh syariah 100%


"Memberi makanan minda dengan meningkatkan ilmu
pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya ke arah
menaikkan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makanan kepada
tubuh badan semata-mata"-Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah....sesiapa
berminat menyertainya..sila email ke zubadi_01@yahoo.com

Friday, 19 March 2010

jalan2 ke KK

Cuti sekolah ni,kami tak balik.cuma jalan2 di sini jer. hari pertama cuti(sabtu)dok rumah jer. kami tak plan pun nak gi mana2. bila terasa boring kami pun bincang malam tu nak ke miri jer.memandangkan ada kawan2 kami yang tak balik kat miri. perjalanan ke miri mengambil masa dalam 8 jam. bila sampai miri, teringin nak ke brunei..pagi isnin tu cepat2 kami wat pasport terhad untuk brunei sajer. yerlah memandangkan miri-brunei mengambil masa 2 jam jer. kami bertolak ke brunei pukul 4 ptg dan sampai di sana pukul 6 petang. bila sampai kat sana terus check in hotel.ada macam2 rate hotel kat sana dari $10, $30, hingga lah yang $100 dolar. kami ambik yang murah jer. bila dah alang2 di brunei, tanpa dirancang hari selasa jam 10 pagi dengan izin Allah kami bertolak ke Kota Kinabalu. sampai KK jam 5 ptg. untuk sampai ke KK perlu melalui 6 imigresen. sebab dari Miri masuk Brunei, dari Brunei masuk Limbang(S'wak)dari Limbang masuk Brunei balik.dari Brunei masuk Lawas(S'wak)dari lawas la baru direct KK. kami jugak terpaksa naik 2 buah feri. apapun kami bersyukur sangat sebab selamat pergi dan balik. perjalanan dari Mukah ke KK sejauh 990 km.

jalan sekitar Kota Kinabalu

kami bermalam di park hotel masa dekat KK.kalau dari hotel cuma berjalan kaki jer nak ke pasar malam, tepi pantai, dan shoping komplek..sebab bandar KK berpusat dalam satu kawasan. hotel2 pun banyak sekitar bandar.memang senang dan mudah kalau still kat hotel.

permandangan pasar malam.kat cni ada pelbagai jenis makanan laut. kat cni la merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar untuk menikmati juadah makan malam.pasar ni bersebelahan pasar philipina.pasar ni cuma dibuka pada waktu malam jer..lepas makan tu kami lepak2 sambil tengok pantai.

jalan2 pasar philipina. kat cni ada menjual pelbagai barangan kraf.mutiara dan macam2 lagi..

jalan2 di pasar malam..macam2 jenis mutiara dan kristal ada. sesuai la untuk orang perempuan, ada gelang, rantai, cincin, anting2, kerongsang dll. untuk lelaki pun ada macam butang baju melayu dari mutiara yang pelbagai gred.

waktu petang sempat kami tengok matahari terbenam..sungguh indah ciptaan Allah..

ni gambar suami..background sebahagian bandar KK

Ni gambar masa kami gi shoping komplek suria Sabah kat bandar KK.

ikan bakar..inilah santapan pertama kami bila gi KK.pasar malam kat cni ada pelbagai makanan laut,ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ketam bakar..malam pertama kami order ikan kerapu putih dan sotong bakar. malam kedua plak ikan kerapu merah dan udang bakar. amat menyelerakan bila makan bersama sos dia..

Friday, 12 March 2010

Sepupu kawin..


Ni gambar my cousin(Abe Nie) kawin ngan my friend(Atie)pada 25 Februari 2010.Maafla sebab tak balik time mereka kawin, lagipun sekolah belum cuti.semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat..

Tuesday, 16 February 2010

KELEBIHAN BERSELAWAT

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Thursday, 11 February 2010

Mampukah aku?


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah (SWT) dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah (SWT)
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Dengan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabahlah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah (SWT)
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah…

Mampukah aku menjadi wanita tegar?
Mengabdikan seluruh kehidupan
Hanya untuk Allah..
Berbakti seluruh jiwa raga
Hanya untuk suami..
Agar menjadi hiasan duniawi
Agar menjadi haruman Firdausi..

Sunday, 7 February 2010

Hari minggu yang di nanti


tadi beli jugak payak ni. cni payak tu udang lah. payak ni rm10 satu tompok. skg ni bukan musim. kalu musim rm5 jer satu tompok.

Hari ini, g pasar ngan hubby, cari lauk untuk santapan minggu ni,yerlah kalu hari sekolah memang tak sempat nak gi pasar. skg ni ikan segar susah dapat. yang ada ni pun segar tapi mahal. yang ni rm15 satu ikat. mintak tawar dapatla rm13. mahal betul. kalu tak beli, takkan nak makan telur dan bilis jer..cuaca kat cni tak menentu skg, selalu hujan. sebab tulah nelayan jarang ke laut. walaupun dekat ngan laut.

Salam kembali dalam ruangan ini. minggu ni agak cbuk ckit dengan macam2 urusan yang tak pernah selesai. pagi tadi plak nak serve internet, tapi connection slow sgt. ptg ni boleh la kjap. Pagi jumaat (5 feb 2010)yang lepas dapat jemputan dari sekolah lama,sk saint patrick coz mereka nak adakan jamuan perpisahan untukku. segan jgkla nak g sebab lama dah tak gi skolah lama walaupun tak jauh mana pun dari rumah. saya sampai pun dah dekat kul 10 pagi. cunla,rehat kul 10pg. majlis tu simple jer la, tapi makan besar la..best..kak miss yang masak. kat sana memang mewah bab2 makan ni,maklumlah ada tukang masak. hari tu ada kari ayam, udang masak merah, sayur campur, ikan tenggiri masak hitam n ntah tak ingat lagi. last tu adalah sedikit hadiah dari pihak sekolah, termasuklah kad di atas ni..apa yang lucu nya, my hubby dapat transfer ke sekolah ni skg, pengganti diri ini. kelmarin gawat la mereka kenakan kami. diaorang wat mcm pengantin baru plak.hikhik.

Friday, 29 January 2010



Inilah Twin Otter yang menjadi pengangkutan udara dari satu2 kawasan ke kawasan yang lain di pedalaman sarawak. ia boleh muat kira2 12 ke 15 orang penumpang la. biasanya kami naik twin otter ni, bila nak g kuching je. ia menghubungkan bandar2 besar macam miri dan kuching. kalau ke kuching ambik masa 1 jam jer. tapi kalau naik bas ambik masa dalam 10 jam dari sibu.tambang pulak dari mukah ke kuching rm 98..nak naik tu dia timbang dulu barang sekali ngan orang, sebab dia tak boleh lebih muatan. mula2 naik tu gayat jugak. sebab bila dia langgar awan tu, kita dapat rasa la gegaran kecil dan sedikit bergerak tu..gerun jugak la. tapi bila dah biasa ok je. atas tu plak boleh nampak drebar sebab kecik je.rasanya lebih sempit dari bas mini kot.Tapi naik ni boleh dikatakan pengalaman yang berharga jugakla..ok tu jer

Related Posts with Thumbnails