Wednesday, 1 June 2011

jalan-jalan kuching

Hari pertama..
Kami bertolak dari sibu jam 6.30 pagi..sampai ke kuching kul 1 tghri. Perjalanan yg mengambil masa selama 6 jam setengah dari bandar sibu. Tapi kalau dari Mukah kena tambah la, 2jam setengah lagi. jauh juga perjalanan nya. Jalanraya hari tu agak sibuk, namun kami tetap berhati2 agar sampai ke kuching dengan selamat. Alhamdulillah. Tiba di kuching, kami terus cari hotel berdekatan ngan waterfront, malangnya semua sudah penuh, maklumlah cuti sekolah. sepatutnya kena booking awal. kami pun cuba call hotel yg pernah kami menginap 3 thn lepas. Alhamdulillah ada lagi kosong. kami terus booking. tapi jauh sikitlah dari bandar. Tapi ok jer kat FATA HOTEL tu, harga pun agak berpatutan rm 79.50 semalaman.Malamnya pula, kami menjamu selera kat gerai berdekatan hotel arif. best makanan kat situ..ada nasi kerabu pelbagai lauk juga..teringat kat kg.



Hari kedua..
Hari kedua, kami jalan2 kat pasar sarikin je. Pasar sarikin hanya buka pada hari sabtu dan ahad je. Untuk kesana kami turun seawal jam 6.30 pagi. sebab, kat sana kalau lewat memang tak dapat parking..sampai sana dalam 7 lebih la. tu pun dah ramai orang..Alhamdulillah parking masih banyak lagi. kat sini banyak jual pelbagai fabrik, macam blouse cantik2, kain untuk buat baju pengantin, telekung sembahyang, langsir, kain sulam dan banyak lagi. tak ketinggalan tikar sarawak, handbag, bantal,tilam dan macam2 lagi. yang penting kena bawak duit poket lebih la..Jurujual semuanya dari Indon. sebab sarikin ni adalah sempadan indon(Kalimantan). Mereka kata semua barang ni datang dari Bandung..Sempat jugak beli blouse 2 helai. Suami pulak sempat beli dompet Levis, cuma rm30 je..kat bawah ni gambar sekitar pasar sarikin.







Jubah semua cantik2 dan murah. tak tau nak pilih yg mana. harganya hanya rm50 je. kalau kat kedai biasa hampir seratus atau seratus lebih.

Malam tu, kami hadir satu ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Ust Zahazan.."Membawa Cahaya ke Dalam Rumah". Itulah pertama kali melihat Ust Zahazan secara live.Ceramah yang bersahaja, tapi ada unsur2 humor jugak. Tak sangka pulak, masa dalam tv nampak Ust serius je, tapiu sebenarnya peramah dan pandai berjenaka. membuatkan kami yang hadir tidak merasa jemu..itulah penangan orang yang berilmu. ust zahazan adalah penasihat Stormreaders terutamanya majalah solusi dan buku2 keluaran telaga biru dan pts.

Kenal tak siapa ni? Inilah Syah, bekas penyanyi nasyid Brothers satu tika dlu..dia merupakan pengasas Stormreaders..


Sempat juga bergambar ngan Ust. Zahazan

Hari ketiga..
plan kami hari ketiga ni nak menyaksikan sendiri panorama indah kat kampung budaya ni. sebelum ni cuma tengok kat tv dan internet je. so, dalam kul 7pg terus bersiap.Nak ke kampung budaya ni mengambil masa dalam 30-40 minit la dari bandar kuching. jalan pagi tu agak sibuk jgk, maklumlah hari bekerja, cuma sekolah je cuti.Sampai je kat sana, kaunter tiket belum buka lagi.Kul 9 pg baru buka. Sambil snap2 gambar kat luar tu, ternampak la kat kaunter masuk tu ..dewasa : RM 60 dan Kanak2 : RM 30..alamak mahalnya.kalau 2 org dah rm120..kira lari bajet la.so, kami ambil keputusan tak jadi masuk dan patah balik ke kuching. Jalan2 satok, wisma saberkas dan India street je..


background kampung budaya, santubong


ambil gambar kat luar je..



Jalan-jalan kat kedai-kedai kraf sepanjang jalan bersebelahan ngan waterfont..kat sini terdapat pelbagai kek lapis dengan pelbagai citarasa. siap boleh cuba dulu sebelum beli. tapi memang sedap2 semuanya. kalau datang ke sarawak tidak lengkap kiranya tidak membawa pulang kek lapis..

Hari keempat..
Alhamdulillah kami selamat sampai ke mukah pada pukul 5.45 petang. dalam perjalanan pulang, sempat singgah sarapan kat Sri Aman. susah betul nak cari kedai makan islam kat situ, terpaksa lah dua tiga kali pusing. hinggalah kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, masa nak keluar tu, ternampak satu kedai makan Islam..kami menjamu selera kat situ..

Itu saja coretan kali ini..Semoga diberi kekuatan dan kerajinan untuk mengemaskini blog..

Friday, 20 May 2011

sambutan hari guru

sambutan hari guru tahun ni diadakan tepat pd 16 mei 2011..jarang hari guru peringkat sekolah di sambut cun2 16 mei..kat bawah ni gelagat guru2 sk kpg petanak sempena hari guru..







sesi menyemat rosset

Saturday, 16 April 2011

nugget buatan sendiri..

Malam ni rasa cam malas nak mkn nasi. tanya hubby pun hubby ckp camtu jgk. bla tengok buku resepi, nugget lah yang menjadi pilihan. simple je buat dia..kat bawah ni, ada pic utk tatapan..


Monday, 11 April 2011

mee udang

Hari Sabtu hubby beli udang..so tghari tu cuma goreng rempah je, mcm yg selalu buat.Janji ngan hubby nak buat mee udang hari Ahad tu, tp biasalah mcm2 menu dalam kepala. Last2 buat gulai udang je Ahad tu. Hari ni tetiba rajin pulak, memandangkan petang takder apa2 aktiviti sekolah. So, buatlah mee udang. Sebelum ni tak pernah buat pun, cari2 dlm tenet je, ambik yg paling simple..hehe. kat bawah ni ada gambarnya..

Mee udang buatan sendiri..

aksesorinya yang ala kadar saje..

Saturday, 2 April 2011

MTQ Peringkat Daerah, Mukah

Alhamdulillah, Rabu 30.4.2011 berakhirlah pertandingan MTQ atau Majlis Tadarus al-Quran peringkat Daerah. Antara kategori yang dipertandingkan adalah: Tilawah al-Quran, Hafazan, dan Bercerita Kisah-Kisah al-Quran. Juga Festival Nasyid. Tapi sekolah kami tak hantar pun nasyid, coz tak sempat masa nak latih murid. Kat bawah ni ada pic diaorang, Aidil, Aina (Tilawah), Ikhwan, Khamisah (Hafazan), Solehin, Izzawati (Bercerita Kisah Nabi)..jom tengok gelagat diaorang..

Bergambar selepas majlis penutupan..

Adik Izzawati berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita Kisah-kisah Nabi kategori perempuan

Adik Solehin berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Bercerita Kisah-kisah Nabi kategori lelaki

Adik Aina berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Tilawah al-Quran.Tahniah

Persembahan adik Solehin

persembahan dari adik Nur Izzawati
wajah sebelum bertanding


Friday, 4 February 2011

Masak-masak cuti sekolah

cuti raya cina ni tak kemana pun..cuma dok rumah je. Tu lah ada masa ckit nak masak utk hubby. Hari tu hubby beli udang kat pasar, bla tanya nak makan apa..hubby ckp ikut la. so, isterinya masak la tomyam udang. buat perencah sndiri je. simple2 je pun. pakai campak2, taraa..siap..tomyam udang..

Emm..ni la rupa tomyam udang tu..

Ummp..sedapnya..

Monday, 31 January 2011

Jom makan durian..

Pagi semalam, kami pergi jalan-jalan sibu. kebetulan hubby ada keje kat sana. so, boleh la join sekali. best jugak lama tak pegi ni. Kami check in dekat Orchid Hotel. best kat ctu.apa yang menyebabkan kami suka orchid sebab senang parking, selain harga yang berpatutan dan selesa. sesiapa yang berkunjung ke sibu boleh la bermalam di orchid. tapi agak jauh ckit dari bandar, tapi kalau yg ada keta sendiri ok la. Ha..sebenarnya nak cerita ttg 'raja buah ni'..hmmm, mcmana blh terjumpa buah ni?..sebenarnya ketika perjalanan ke sibu kami ternampak buah durian kat tepi jalan.apalagi..balik nanti msti beli jugak. so, masa balik td, beli lah. nasib baik ada lagi. tapi, mahal betul la..buah kecik je,5 biji rm35..mahal kan..tapi disebabkan mengidam sebab dah lama tak makan beli jugak..

sempat lagi buat pulut durian..walaupun dalam kepenatan..bukan apa, teringin sgt kot

masa untuk makan..

excited nak mkn durian..tak sempat salin pakaian..

durian

celebrate birthday suami..


percubaan:buat nasi hujan panas dengan gulai daging..

birthday suami..

Tuesday, 21 December 2010

Anniversary ke-4

Sambutan anniversary kami kali ke-4..


Sambutan anniversary kami yg ke-4 di adakan semalam 21/12/2011 diadakan di rumah sewa kami kat mukah..juadah yg disediakan ialah :Pizza, udang masak merah, nasi, koktail dan sudah semestinya..kek..sepanjang anniversary ni kami tak pernah sambut kat luar. selalunya masak simple2 n selebrate kat rumah..

Ni kek anniversary kami yg simple tu..

Taraa..sudah siap pun pizza dan sedia utk menjamu selera..1st time wat pizza..hehe

Pizza sedang dibakar..

Pizza sudah sedia untuk dibakar..

Saturday, 18 December 2010

Hadir majlis kahwin..

Selamat bersua kembali di alam maya setelah sekian lama tak update blog. Pagi Ahad ni relaks sikit, boleh lah upload 2 keping gambar ni. Sebenarnya banyak yg di snap, tp cukuplah 2 keping ni untuk share kat sini. Hari Jumaat lalu, kami menerima jemputan dari orang kampung kat sini untuk sama2 menghadiri majlis akad nikah kat rumah pengantin perempuan. Tak jauh pun dgn rumah sewa kami dalam 15 langkah je kot. Seronok jugak dapat tengok adat dan budaya org sini. Majlis tu mula sekitar jam 2.30 dan berakhir dalam kul 4 ptg..Selepas akad nikah, ada bacaan marhaban oleh kumpulan khas marhaban kampung ni. Pengantin lelaki tu org Lundu, Kuching, kawin ngan org Mukah ni, jauh gak tu. Kuching ke Mukah dalam 10 jam jugak lah. Esok hari diaorg jemput kami ke majlis bersanding pulak kat dewan suarah. Kebetulan esoknya(Sabtu)suami ada kerja, so tak dapat la ikut serta..apapun Selamat Pengantin Baru, semoga dirahmati Allah dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat.

Sebahagian hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Bergambar bersama pengantin dan kumpulan Marhaban Kg Kuala Lama, Mukah

Related Posts with Thumbnails